8 Tips Kurus (& Juga Rahsia Kurus Yang Anda Wajib Tahu)

Adakah anda sedang mencari jalan untuk mengurangkan berat badan? Jika ya, anda di tempat yang betul kerana kami mempunyai banyak tips kurus yang anda wajib tahu!

 

Kini, ramai yang berniat untuk mempunyai tubuh badan yang langsing dan menarik namun tidak ramai tahu cara yang betul untuk melakukannya. 

 

Sekiranya kita mempunyai berat badan yang ideal dan tubuh yang menarik, pasti kita akan berasa lebih berkeyakinan untuk melakukan apa sahaja bukan?

 

Oleh itu, teruskan membaca artikel ini! 

 

Kami akan menyenaraikan tips kurus yang wajib anda tahu serta produk sampingan yang anda boleh amalkan untuk capai berat badan yang anda idamkan!

 

8 Tips Kurus

 

Berikut merupakan rahsia yang anda wajib tahu jika hendak mengurangkan berat badan:

 

  1. Tambah Protein Dalam Diet Anda
tips kurus

Tahukah anda kandungan protein yang tinggi dapat meningkatkan metabolisme sehingga 80-100 kalori sehari?

 

Ini kerana tubuh anda membakar kalori semasa proses pencernaan protein berlaku. 

 

Pengamalan diet protein yang tinggi juga dapat membuat anda berasa lebih kenyang dan mengurangkan selera makan. 

 

Kajian juga menunjukkan bahawa manusia cenderung untuk makan 400 kalori lebih sedikit setiap hari apabila mengamalkan diet yang tinggi dengan kandungan protein.

 

Sebagai contoh, sarapan pagi berprotein tinggi seperti telur boleh memberi kesan yang efektif untuk anda kurang lapar sepanjang hari berbanding biasa.

 

  1. Elakkan Makanan Berproses

Makanan yang diproses seperti makanan ringan, makanan ber-tin dan kek biasanya tinggi dengan kandungan lemak, gula tambahan dan kalori tambahan.

 

Bukan itu sahaja, jangan terkejut jika anda mendapati bahawa, makanan jenis ini adalah diproses untuk membuat anda ingin makan sebanyak mungkin!

 

Makanan yang diproses membuat anda lebih cenderung untuk menyebabkan ketagihan makanan berbanding makanan yang tidak diproses.

 

  1. Kurangkan Pengambilan Gula

Anda sangat digalakkan untuk meminimumkan pengambilan gula tambahan dalam diet anda.

 

Ini kerana pengambilan gula yang tinggi bukan sahaja menyebabkan berat badan untuk naik dengan mudah, ia juga memberi risiko penyakit jantung, diabetes dan barah.

 

Rata-rata individu mengambil kira-kira 15 sudu teh gula tambahan setiap hari. 

 

Jumlah ini biasanya tersembunyi dalam pelbagai makanan yang diproses. 

 

Gula mempunyai banyak nama dalam senarai ramuan seperti Glucose, Lactose dan Maltose. Ini bermakna, anda mungkin akan makan banyak gula tanpa anda sedar!

 

Oleh itu, agak sukar untuk mengenali sekiranya makanan yang anda beli tersebut mempunyai kandungan gula yang tinggi atau tidak. 

 

  1. Minum Banyak Air 
tips kurus

Anda mungkin selalu dengar bahawa pengambilan air kosong membantu untuk menyihatkan kulit wajah. Namun, tahukah anda ia juga membantu mengurangkan berat badan?

 

Mengikut kajian, pengambilan 0.5 liter air boleh meningkatkan potensi untuk bakar kalori sebanyak 24-30% selama selepas satu jam.

 

Bukan itu sahaja, dengan minum air sebelum makan juga boleh menyebabkan pengambilan kalori berkurang, terutamanya bagi mereka yang sudah berusia.

 

Oleh itu, sekiranya anda berasa lapar atau dahaga, minumlah air kosong terlebih dahulu. Atau lebih elok lagi, gantikan terus minuman bergula yang berkalori tinggi dengan air kosong.

 

  1. Hadkan Pengambilan Karbohidrat 
tips kurus

Karbohidrat bertapis atau “Refined Carbs” merupakan karbohidrat yang telah hilang sebahagian besar nutrien dan serat yang bermanfaat.

 

Nama lain bagi karbohidrat bertapis adalah karbohidrat ringkas, karbohidrat diproses atau karbohidrat jahat (Bad Carbohydrate).

 

Sumber utama bagi karbohidrat bertapis adalah roti putih, tepung, nasi, pasta, makanan ringan dan bijiran.

 

Anda digalakan untuk elak daripada mengambil kandungan karbohidrat bertapis yang berlebihan untuk mencegah risiko makan berlebihan dan penyakit bahaya.

 

  1. Minum Teh Hijau Tanpa Gula
tips kurus

Teh hijau Matcha merujuk kepada pelbagai jenis teh serbuk hijau yang kaya dengan pelbagai manfaat kesihatan.

 

Ini kerana, teh hijau merupakan salah satu minuman semula jadi yang sarat dengan antioksidan.

 

Banyak kebaikan yang anda akan dapat dengan pengambilan teh hijau antaranya adalah ia membantu meningkatkan proses pembakaran lemak dan penurunan berat badan.

 

Teh hijau juga boleh meningkatkan pengeluaran tenaga sebanyak 4% dan meningkatkan pembakaran lemak selektif sehingga 17% terutamanya lemak berbahaya pada bahagian perut. 

 

  1. Makan Lebih Banyak Buah Dan Sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah makanan yang sangat sihat dan kurang risiko untuk menambah berat badan.

 

Buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja tinggi dengan kandungan air, nutrien dan serat, ia juga mempunyai ketumpatan tenaga yang sangat rendah. 

 

Oleh itu, anda boleh makan buah dan sayuran dengan kuantiti yang banyak tanpa perlu risau akan kandungan kalori yang banyak.

 

Tambahan pula, banyak kajian menunjukkan bahawa individu yang makan lebih banyak buah dan sayur cenderung untuk mempunyai berat badan yang lebih sedikit.

 

  1. Kerap Lakukan Senaman Kardio 

Akhir sekali, sudah diketahui umum bahawa aktiviti senaman sangat penting bagi mengawal berat badan yang seimbang. 

 

Senaman kardio seperti berjoging, berlari, berbasikal, berjalan kaki merupakan kaedah terbaik untuk membakar kalori dan meningkatkan kesihatan mental dan fizikal.

 

Selain daripada terbukti berkesan untuk mengelakkan banyak faktor risiko penyakit jantung, senaman kardio juga dapat membantu mengurangkan berat badan.

 

Oleh itu, anda sangat digalakkan beriadah dan melakukan senaman kardio dengan kerap agar kesihatan fizikal dan mental terjamin.

 

Kurus Dengan SlimFitGel!

tips kurus

Jika anda ingin bantuan tambahan untuk kurus, kami sarankan anda guna SlimFitGel, gel bakar lemak nombor satu di Malaysia!

 

Fungsi SlimFitGel adalah untuk membakar lemak di bawah lapisan kulit dengan cepat.

 

SlimFitGel sangat berkesan dalam membantu anda membakar lemak berlebihan terutamanya pada bahagian perut, paha, lengan dan betis.

 

Sepanjang tempoh penggunaan, pastikan anda rajin bersenam untuk meningkatkan kadar keberhasilannya. 

 

Cara untuk menggunakannya adalah mudah sahaja, anda hanya perlu sapu pada bahagian yang berlemak dan saksikan perbezaannya dalam masa terdekat.

 

Antara kelebihan SlimFitGel adalah:

  • Membakar lemak paha, lengan dan perut
  • Membantu menghilangkan selulit
  • Melancarkan pencernaan
  • Mengecilkan bahagian yang bermasalah
  • Melancarkan proses pembuangan angin
  • Membantu mengempiskan perut
  • Mengatasi masalah perut kembung 
  • Meredakan senggugut
  • Mencegah stretch mark akibat daripada hamil, kenaikan berat badan, pertumbuhan pinggul.

 

Jangan risau sekiranya anda mempunyai masalah kulit kerana SlimFitGel diperbuat daripada bahan asas waterbased yang akan terus diserap ke dalam kulit. 

 

Ia semestinya cepat meresap dan tidak melekit. Bukan itu sahaja, SlimFitGel juga tidak mengandungi bahan kimia terlarang. 

 

Kesimpulannya, tiada jalan mudah untuk kekal sihat dah kurus. Anda mestilah berdisiplin dalam mengamalkan gaya hidup sihat untuk mengawal berat badan.

 

Anda boleh amalkan tips-tips kami diatas untuk capai berat badan ideal.

 

Dapatkan SlimFitGel segera! Ia terbukti berkesan untuk membantu anda membakar lemak dengan cepat ketika anda bersenam.

 

Kini, kami telah mempunyai seramai 1690 pengguna di seluruh Malaysia. 

 

Kami menawarkan beberapa set menarik iaitu 

 

Set Single (RM85)

tips kurus

 

 

Set Combo (RM149) 

tips kurus

 

 

Set Super Jimat (RM210)

tips kurus

 

 

Apa yang menarik sekali adalah akan mendapat Face Mask dan kos penghantaran yang percuma. 

 

Jadi tunggu apa lagi? 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *